malas dan pengaruh yang menghantuiQu



Selama aku jadi seorang pelajar, kenapa ada malas dan pengaruh sekeliling yang membuatkan aku tidak fokus dengan apa yang perlu aku sukseskan seperti apa yang diinginkan oleh semua yang bergelar pelajar...

Tidak dinafikan bahawa penyakit ini sering menghantui prestasi pelajar.Aku ingin menghindari punca ini,namun ianya cukup sebati dengan ku.hahaha...aduyai..apa la maw jadi dengan aku ni.Macam mana la aku boleh skor setiap subjek untuk memperbaikkan lagi aku punya pointer ni...

Di sini jelas,aku hanya pandai cakap aku telah diserang oleh penyaki ni.tapi aku tidak pun melawannya supaya tidak mengganggu aku terutamanya dalam menempuh musim exam.Awal sem bermula,semangat berkobar2 untuk buat yang terbaik tuk final exam...namun ianya sekadar ungakapan dan semangat tahi ayam.

Semakin meningkat umur pun,masih belum boleh lagi memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seorang yang matang mengurus masa study.Dahulu,aku pernah ada jadual harian supaya aku tidak lupa untuk belajar.Namun,jadual harian tersebut sekadar hiasan dinding yang berlagak seperti poster.

Semasa Ibu masih ada,mesti selalu mengingatkan aku untuk belajar.Kalau yang ini,memang aku akan menghadap buku.yala..kalau tidak..habis telinga aku bersih dicuci sampai besok pagi,bahkan kalau masih tidak dengar cakap...na....rotan dan cubitan sayang yang aku dapat.Bagi aku ini lah cara yang membuatkan dahulu rajin belajar..

Tapi,kenapa sekarang aku yang sudah semakin mnjlang dewasa ni..ya kah???bukan masih budak2 kah??hahaha..bilang orang pandai sudah berfikir...Perlukah lagi Ibu bapa kita mengejutkan kita atau menegur kita untuk belajar.Kenapa sikap malas sangat menguasai diri ini.Dalam musim exam ni,Aku hanya sering memandang muka buku yang melalaikan aku dan seperti pelajar yang lain  yang mempunyai sikap negatif ...

Mudah2an,selepas aku siap tuk entry ni..aku akan berubah...Ya allah tolong ingatkan aku,agar sentiasa peka akan masa yang berlalu supaya tidak menyakitkan kepala aku untuk study last2 minit.Buat sahabat,Buat semua Sahabat,janagan jadi seperti sahabat seperti aku ini...tapi boleh kah??aku mohon kamu semua sebagai kawan,tolong kejutkan aku dari khayalan ini....hehehe.....

Lagi 4 Paper..19hb,23hb,dan 26hb.......Bangkit lah kau DAENG!!!!!!!!!!!!...

1 comment

Unknown | June 3, 2011 at 9:03 AM

biasanya orang akan cakap, belajar kat kawasan jauh dari bandar besar cam UUM ni, senang nak fokus pada pelajaran. tapi.. .. hehehe :D

Post a Comment