Baru aq tgok crita 3 idiot nie...!!

 
Assalamualaikum..ngeh3x..aq muncul lg stlh lama tdk mngupdate blogku yan g tidak seberapa nie...
aku cuma maw kongsi ttg cerita 3 idiot nie...ala mesti sd ramai yg tgok kn..aq jak ni kelewatan sikk...
minggu lepas kan ,ada pembentanangan Ob,ada grup nie amek cita 3 idiot untuk drg punya asgmnt..dalam pembentangan drg mmbuatkan aq harus tgok crita 3 idiot nie..rupanya2 crita 3 idiot nie lama sd ada di laptopku...huhu..takkalllupai palek..cumanya blom d tgok lagi..hahaha....bha2...akhirnya aku tgok la crita 3 idiot nie..uhuh..dengan itu,tersangkutnya c daeng tgok crita hindustan..wadu3x..klu crita mcm ni aq tgok..best kan!!.

Jadi, 3 Idiots bercerita tentang kisah 3 sekawan bernama Rancho, Raju, dan Farhan, dalam menjalani kehidupan kuliahnya di salah satu institut engineering terkemuka di India. Di institut tersebut mempunyai sistem pendidikan yang tidak menjadikan mahasiswanya sebagai manusia, tapi jadi mesin, lulus dengan nilai bagus, dapat pekerjaan, gaji tinggi, hidup bahagia (familiar dengan hidup kita kan?). Sistem pendidikannya tidak membuat manusia itu semangat mencari ilmu, melainkan cuma mendapatkan gelaran semata. seperti mana rancho, Dalam filem ni, Rancho seorang genius yang menentang sistem pendidikan yang exam-oriented (macam di Malaysia nih lah!). Dia menyokong pendidikan yang menekankan pemahaman dan bukan hafalan. Rancho ada mengatakan bahawa yang berbunyi sperti d bawah nie..

"Ini adalah universiti, bukan pressure cooker"

Yang membuatkan aku suka film nie kerana ianya mebawa banyak nilai yang boleh dijadikan inspirasi kita. Selain menunjukkan keakraban 3 sahabat, film ini mengajar kita atau menyedari kita dengan sistem pembelajaran kita di pengajian tinggi. Cerita ni cuma mau suruh penontonnya buka minda. Belajar tu bukan untuk mengejar kedudukan pertama atau gred tinggi dalam kelas atau kuliah, tapi lebih kepada untuk seronok. Belajar bukan bermaksud mesti tertekan. Pilih kursus kat universiti berdasarkan apa yang sendiri minat (aq minat ka ya kursus ku skrg nie??), bukan kerana terpaksa atau sekadar nak ikut kawan-kawan sebab nanti mesti akan ada rasa kecewa dan menyesal. Masa tu kalau nak patah balik pun mungkin dah susah tapi tak mustahil. 



Film 3 Idiots tidaklah seperti film Bollywood yang lain. Dengan plot cerita yang ada komedinya, yang bagusnya komedinya memanglah lucu dan terdengar logik. Penulis ceritanya juga menampilkan hasil dari ideologi pemikirannya melalui percakapan dan kejadian yang sangat menyentuh. Film ini pun berjaya menyampaikan kritik terhadap cara belajar yang terlalu textbook sehingga tidak dapat merangsang perkembangan individu.



Student skrang stady gila2 sampai naik tension. Napa? Sebab stady benda yang diorang tidak minat. Hehehkehe. Sebab tu la ada jak dengar keluhan..tu susah, ni susah. Cuba bayangkan kita tengah main game yang kita betul-betul suka (macam DotA, CS, Pacman, mahupun PES). Walau sesusah mana pun, kita akan makin ghairah berusaha maw habiskan game tersebut. Lain plak kalau stady. Bukak lecture notes, aduss ndak paham langsung



Siapa yang belum tengok, pergilah tengok trailer 3 Idiots  ni di you tube 3 idiot. Cerita pasal 3 budak bodoh yang tak bodoh pun sebenarnya. Cerita pasal persahabatan yang unik. Cerita macam mana pentingnya engineer dalam sesebuah kehidupan. Cerita tentang sistem pembelajaran yang macam mana yang sepatutnya ada di setiap sekolah dan universiti. Dan cerita yang mana bila kau sebut "Aal Izz Well" terus semuanya jadi "everything is fine, everything gonna be well". That's it.

Daeng maw menamatkan cencong3xnya..>>>Tamat...
Daeng cinta damai:)

Post a Comment