No comment yet

Usahlah BerSedih


Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku disini menemanimu melukis hari
Mentari pagi
bawakan embun sejukkan hati
aku disini menatap engkau menangis sepi
oh sepi-sepiku 
janganlah bersedih hati


hidup merupakan kurnia maka jadikanlah hidupmu penuh makna, jadikanlah hari berguna bagi diri dan orang yang ada di dekatmu,jangan pernah berpikir bawah Allah tidak sayang padamu. Allah sangat sayang kepada semua hambanya. Selalulah berfikir positif atas semua rencana Allah, karena Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, janganlah bersedih kerana allah akan selalu di dekatmu, tiada cobaan yang melampaui kemampuan hambanya, resapi pesan ini agar hatimu selalu damai bagi yang hari ini ini berputus asa atau sedang bersedih ingatlah Allah selalu ada di dekatmu.

Hidup memang berat tapi akan menjadi mudah jika dilakukan dan diniti hanya untuk ALLAh, langkahkan kaki ke jalan yang diridhai oleh allah.


Cinta Damai;



Kebahagiaan itu bukan khurafat. Sesungguhnya ia adalah hakikat yang nyata. Ramai orang yang menikmatinya, dan kita pun memiliki kesempatan sangat besar untuk menikmatinya bila kita dapat memanfaatkan cubaan-cubaan kita dan mengelola pengalaman-pengalaman yang telah kita perolehi dalam kehidupan.

Apabila kita telah dapat memahami erti kehidupan ini, kita akan mampu mengeksploitasi banyak hal yang berguna dari dalam jati diri kita dan kita dapat membebaskan diri dari berbagai penyakit yang mengganggu kesihatan fizik dan kejiwaan kita dengan berbekalkan pengetahuan, potensi dan kesabaran. Kita dapat menghayati kehidupan kita yang telah dianugerahkan oleh Allah ini dengan sikap tidak ingkar, tidak membangkang, dan tidak pula menyengsarakan diri.


Manusia adalah cermin bagi manusia yang lainnya. Jika seseorang berbudi pekerti baik, maka orang lain akan berlaku serupa dengannya. Oleh itu, hidupnya menjadi tenang dan hatinya akan tenteram. Dia akan merasakan hidup dalam masyarakat yang baik dan penuh kekeluargaan.

Bila seseorang manusia berakhlak buruk dan berlaku kasar, maka dia akan mendapat perlakuan buruk dan kasar pula. Orang yang tidak menghormati orang lain, maka tidak akan dihormati pula oleh mereka.



Oh!Diriku Janganlah Bersedih



Oh diriku janganlah bersedih!
tak ada gunanya meratap
Lihatlah disana ‘bunga-bunga’ di taman,
indah mempesona
menebarkan wangi kebahagiaan
dan warna warni kedamaian.
Cobalah tengok ke sana!
Jangan takut mawar berduri,
jangan pedulikan kumbang menghalangi…
Oh diriku janganlah bersedih!
Masa laluku adalah kenangan
Kehidupan yang sedang kualami adalah kenyataan
Dan dunia didepanku nanti adalah impian
Siapkanlah untuk mimpi-mimpi itu
Oh diriku janganlah bersedih!
tak ada gunanya meratap
Nikmatilah kehidupan ini
Bersyukurlah dalam sujud
Berserahlah dalam doa…




Lirik Sepi – Sixth Sense

Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Mentari pagi
Bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini
Menatap engkau menangis sepi

Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Oh sepi sepiku
Janganlah bersedih hati
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari
Hapus airmatamu dan jangan bersedih
Aku di sini
Menemanimu melukis hari

Lirik Sepi – Sixth Sense


 
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat

Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya

Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang

Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah

Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik

Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita

Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi

Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan

Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu

Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk

Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik

Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain

Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah

Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda

Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain

Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok

Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran

Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih

Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah

Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga

Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang

Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah

Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain

Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat

Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan

Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira

Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih

Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah



وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139

CINTA DAMAI:
No comment yet

Keroncong untuk ana

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

1
Kemana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana.. Ana..
Ana.. Ana..

( ulang dari 1 )

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku
Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku
No comment yet

senasib dengan aku..genk intake 26(appendix)

2 hari yang lepas,saya dapat berita yang kawan seperjuangan palapes aku masuk hospital disebabkan penyakit appendix yang di alaminya.Dengan itu saya ingin kongsi pasal sakit perut nie(appendix)..sebenarnya penyakit ini  merupakan masa laluku,Aku dapat rasakan kesakitan yang telah beliau alami kerana kesakitan itu merupakan  kesakitan yang pernah aku lalui.

Kalau sudah pergi hospital tue..jawabnya di bedah lah kan tu perut..hehe..huhuh...
tym aku dulu,doktor ckapa maku...:

Doktor: adiQ,..adik sebenarnya sakit perut di sebabkan appendix...adik kena di oparation nie..

aku     :(dengan rasa kesakitan)...x pa la yang penting rasa sakit nie boleh hilang..bila boleh di bedah nie doktor?..(maka dalam hati ada rasa takut,besala kena beda bha tue..)..huhuh..

doktor :esok tengah hari..adik ada kluarga kat cnie??

aku     :oh..semua kluarga saya ada di sabah doktor...

doktor : ok2x..x pa..kalau ada kawan terdekat tolong la hubungi mereka..

aku : ok...trima kasih doktor..

-->>terpaksa lah aku menahan kesakitan shinggalah tga hari esok..sbb aku masuk hospital tym tgah malam kan..


luahan hatiku berhadapan dengan appendix:
aku tobat,sakit yang cukup buat teriak menangis,mau balik sabah,macam mau mampus,sakit dadah sbb muntah2x yang melampau,bejalan bongkok2x,sujud di atas katil,balik2x mau pigi tandas(bingung orang tgok aku malar masuk tandas),...aku menyusahkan rumet antar pigi PKU(pusat kesihatan universiti),banyak lagi lah,..

Orang2x sayang ma aku:
kawan2x adhoc sabah...dan genk palapes yang melawat aku di hospital..huhuh penuh oh hospital..bising plak plak tue..mcm pasar sd tu hospital..hahah..buat kawan aku cukup berterima kasih atas ziarah korang tuk aku...dengan adanya dorang semua nie,rasa sakit ku hilang...kawan2x takkan aku lupa..:)

Kisah aku yang aku lalaui dulu..dan kini di lalaui oleh sahabat aku....ndk pa sahabat..kita serupa..hehehee

Tanda-tanda acute appendicitis 



1. Sakit di bahagian kanan bawah perut
2. Demam
3. Muntah, loya
4. Cirit-birit
5. Kemungkinan peringkat awal akan rasa sakit di bahagian ulu hati atau sekitar pusat
kemudian berpindah ke bahagian kanan bawah perut 
6. Sakit boleh berpindah ke bahagian belakang
7. Apabila sakit bertambah, sakit akan bertambah dan apabila berjalan, batuk malahan
bersin sakit akan terasa di bahagian kanan bawah perut. Bagi menahan kesakitan, pesakit
terpaksa berjalan seakan-akan membongkok. 

P/s;ok..klu siapa2x yang ada rasa2 tanda2 tersebut maka cepat2 la brjumpa dengan doktor..jangan sampai pecah sudah tu appendix baru mau jumpa...klu pecah susah sdh tu mau di obat..